Obesiti: Penyelesaian Pembedahan dan Perubatan
Profesional kesihatan sentiasa mengesyorkan penurunan berat badan
melalui diet dan senaman, tetapi dalam keadaan tertentu, mereka akan
melakukan pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan bariatrik. Seperti
pembedahan yang lain, ianya mempunyai risiko yang tinggi, dan ia juga
bukan penyelesaian untuk setiap orang.
Untuk layak dibedah, seseorang
itu hendaklah terlalu gemuk atau obes dengan masalah kesihatan yang
serius. Doktor biasanya akan menyuruh pesakit cuba mengurangkan berat
badan melalui diet dan senaman atau pengambilan ubat sebelum bersetuju
untuk membuat pembedahan. Pesakit juga perlu memahami bahawa dengan
pembedahan datang komitmen sepanjang hayat untuk mengubah tabiat makan
dan bersenam. Ia bukannya “penyelesaian segera”.