Lagi menu hari hujan untuk anda semua.....
mudah, sedap dan murah
bahan-bahan
roti sandwish (roti putih je) .. 5 keping...roti boleh potong 2
telur 2 biji
sedikit garam
sedikit lada sulah ( kalau suka n kalau stok ada kat rumah le)
cara-cara
Pecahkan telur, masukan garam dan lada sulah. kemudian pukul
hingga kembang. Lepas tu dah boleh panaskan minyak...
ada orang suka minyak sikit cam nak masak roti canai tu....
tapi saya suka banyak sikit agak-agak 2 sudu besar.
Dah boleh start goreng.... celupkan satu per satu dan
goreng lah. Jangan celup roti dalam telur lama-lama
nanti roti lembik. Api pun jangan kuat sangat.... balik-balikkan
Dah siap menu Hari Hujan anda....
makan cam tu saja pun boleh. sapu sos sikit pun boleh
Hidangan hari hujan bertemankan Teh 'O' Panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan