Rabu, 9 November 2011

Dapat pangkat Bankrap ??? Pe nak buat eh,,,

Apa nak buat kalau dah bankrap...

Jangan le serabut-serabut, sedih-sedih dan rasa rendah diri.....

Berdasarkan pengalaman...
kalau dah diisytihar bankrap...

Mula-mula anda pergilah ke Jabatan Insolvensi yang
berdekatan atau kalau bank yang anda buat loan dulu
di Perak pergilah insolvensi cawangan Perak, kalau Kedah
ke Cawangan Kedah le bukan apa, fail anda dah tentulah kat
negeri yang anda buat loan dulu.



Di  insolvensi, anda akan ditemuduga sikit, just
macam sembang-sembang je...Kemudian anda akan diberi
borang dan  anda kena isi, maklumat keluarga, pendapatan
dan harta-harta yang ada atas nama anda.  Kesemuanya...
jangan sorok-sorok...Lepas tu borang yang anda dah lengkap
tu kena bawa kat pesuruhjaya sumpah. Insolvensi akan bagi
tempoh dalam 2 minggu untuk anda selesaikan borang-borang
tu... Kemudian anda akan diberi tarikh perjumpaan seterusnya.

Perjumpaan yang kedua, anda bawa lah borang yang dah
diangkat sumpah tu sekali... Sekali lagi sesi sembang -
menyembang akan berlaku.. Anda akan ditanya berapa yang
anda mampu bayar bulan.... bagitau je lah....

Lepas tu, bulan-bulan anda bayar la macam biasa jumlah
yang anda janjikan tu.....

Kalau tetiba pulak anda nak keluar negara....
Boleh je... kalau diluluskan oleh Insolvensi.
Ni Senarai Semak borang-borang yang anda kena lengkapkan.
(klik sini) .
 
"ingat Mana-mana bankrap yang belum dilepaskan mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah untuk meninggalkan Malaysia. Jika bankrap cuba untuk meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Insolvensi, pasport dan dokumen perjalanan akan dirampas oleh Jabatan Imigresen dan diserah kepada Ketua Pengarah Insolvensi."

catatan:
                 Saya tidak mewakili Jabatan Insolvensi... sekadar berkongsi pengalaman yang telah dilalui dan sedikit pengetahuan yang ada.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...