Jumaat, 4 November 2011

maklumat yang anda perlu tahu kalau nak mohon pembantu rumah warganegara asing


PANDUAN PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH WARGANEGARA ASING

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua..…

Disini saya ingin membantu tuan/puan sekiranya berhajat untuk mengambil pembantu rumah warganegara asing. Adalah lebih baik sekiranya tuan/puan uruskan sendiri permohonan. Bukan apa kalau tuan/puan pohon melalui agen…. Kosnya boleh tahan la jugak…… Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.

Negara-negara yang boleh diambil untuk dijadikan pembantu rumah 

Indonesia
Thailand
Kemboja
Vietnam
Filipina
Sri Lanka
India
    

Catatan :       *         Bagi warganegara Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam 
                                 GAJI BERSIH ANDA RM3000 ANDA LAYAK MEMOHON

                    **        Bagi warganegara Filipina, Sri Lanka dan India
                                GAJI BERSIH ANDA RM5000 ANDA LAYAK MEMOHON
               
ASAS UNTUK MEMOHON PEMBANTU RUMAH ADALAH  :

             Mempunyai  anak berumur bawah 15 tahun   ATAU
  Mohon untuk jaga ibu/bapa yang sakit/uzur.


MAJIKAN YANG TELAH DIISYTIHARKAN MUFLIS TIDAK LAYAK MEMOHON

 
DOKUMEN YANG PERLU ANDA SEDIAKAN
  1. Borang permohonan baru (PRA1) 
  2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
  3. Borang IM 38. (Permohonan Visa)
  4. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
  5. Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan)
  6. Salinan Pasport pembantu rumah asing
  7. Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  8. Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam
  9. Borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
  10. Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
  11. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
    • Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
    • e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran
  12. Salinan Mykad suami isteri
  13. Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit)
  14. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
  15. Surat Permohonan

Bagi majikan yang ingin pohon melalui bakal pekerja yang masuk  dengan pas lawatan sosial selama sebulan
boleh hantar permohonan sekurang-kurangnya 3 minggu dari tarikh tamat pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...