Bahan-bahan
10 ekor udang sederhana besar
10 biji cili padi (kalau suka pedas bleh letak lebih)
1 biji timun sederhana saiz( jangan buang kulit, tapi buang isi tengah sahaja) potong lah ikut suka hati
RM 2 santan
1btg serai (diketuk)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit serbuk kunyit
2 keping asam keping
Cara masak
Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan putih. kemudian renihkan bahan-bahan ini bersama 1/2 cawan air dan serai. Biarkan mendidih... Kemudian masukan udang dan kunyit... biar sekejap dan masukan santan.....setelah mendidih, masukan asam keping dan timun.... garam sesedap rasa.. dan biarkan mendidih lagi....
Setengah orang suka masak udang sekejap....tapi saya suka yang betul2 masak... ikutlah selera masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan