cari je apa yang ada kat dapur untuk dimasak
dan dimakan beramai-ramai......hehehehhe
Menu paling Mudah dan jimat....
MURTABAK MAGGIE
Bahan-Bahan
1 Bungkus Maggie2Minit Mi Perasa KARI
(guna magie lain pun boleh gak tapi mi lain besar sikit, jenama ni mi dia halus)
2 Biji Telur Ayam
abis dah, tu je bahan-bahannya...kalau korang nak lebih sedap dan suka sayur.... tambah je...ni yang asas dan yang paling murah....
Cara-cara nak masak
1. Rendam magie sekejap.... agak-agak kembang sikit....
(jangan pecah-pecahkan..rendam sekeping cam tu)
2. Toskan
3. Pukul telur dan masukan serbuk perencah kari tu, jangan semua... nanti masin... sesedap
rasalah
4. Yang terakhir, masukkan magie sekeping yang telah direndam tadi dalam telur tu.....
panaskan kuali... letak minyak sikit je.... margerin pun boleh... agak-agak cam nak
masak roti canai tu...api sederhana je... kalau kuat, nanti dalam tak masak........
5. Untuk pastikan dalam masak elok.... semasa masih dalam kuali potong jadi (6) bahagian..
Masak hingga masak betul.....
Boleh la dihidangkan dengan bertemankan air Teh 'O' Panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan