Rabu, 9 November 2011

panduan untuk beli ayam segar





Ayam...........oh.........Ayam

Boleh kata menu wajib ada tiap minggu....Harga ayam pulak... kejap naik kejap turun..
Disini ada beberapa petua sewaktu memilih ayam  untuk dijadikan juadah.

  1. Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.
  2. Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.
  3. Bau daging ayam tersebut mestilah segar, jika anda berbau yang kurenggggg, tak payah le anda beli , nanti kalau masak pun tak sedap.
  4. Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembali ke bentuk asal.
  5. Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.
  6. Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.
  7. Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.
  8. Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.
  9. Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.heheeh saya paling tak suka kalau ayam tu biru-biru kat bahagian kepak....
  10. Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar.
Nak semak harga ayam semasa ??? Klik Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...