Jangan
ambil mudah jadi penjamin
SAYA sebenarnya telah disenarai
hitam oleh pihak bank kerana saya menjadi penjamin kepada seorang rakan yang
tidak bertanggungjawab. Saya ingin mengetahui sama ada pihak bank masih boleh
menimbangkan permohonan saya membuat pinjaman untuk membeli kereta baharu. MASALAH pembayaran balik hutang
adalah sebahagian lumrah kehidupan dan tidak ramai orang yang terlepas daripada
kesilapan ini. Pada peringkat yang paling asas, masalah ini mungkin timbul
kerana anda terlupa membuat bayaran tepat pada masanya.
Anda mungkin dikenakan denda kecil
tetapi tidak serius kerana tiada kesan dalam jangka panjang. Namun begitu, jika nama anda
dimasukkan dalam senarai hitam, ia bukan lagi masalah kecil dalam laporan
kredit anda - ini satu tanda amaran besar kepada pemberi pinjaman.
Selepas disenarai hitam, anda tidak
layak lagi untuk mendapat segala jenis pinjaman. Prosedur untuk dikeluarkan
daripada senarai hitam juga amat rumit.
Ramai orang beranggapan bahawa tiada
masalah untuk menjadi penjamin kepada orang lain; semudah meminjamkan kereta
kepada kawan.Tetapi jika kereta tersebut
mengalami kemalangan, di situlah masalah anda bermula. Dalam keadaan yang sama,
apabila anda menjadi penjamin kepada orang lain, anda mungkin menjadi mangsa.
Jika anda pernah menjamin seseorang
dan beliau mengalami masalah kewangan dan gagal membayar, tuntutan juga akan
dibuat terhadap anda dan nama anda akan dimasukkan dalam rekod senarai hitam
dan rekod ini akan kekal dalam laporan kredit anda - walaupun selepas kawan
anda menjelaskan segala hutang dan menyelesaikan masalah tersebut. Malah, masalah besar seperti
disenarai hitam mungkin kekal dalam laporan kredit anda selama bertahun-tahun,
menjejaskan markah kredit anda.
Walaupun masalah kredit anda timbul
kerana gagal membayar, tempoh tertentu diperlukan sebelum tanda tersebut hilang
daripada laporan kredit dan menaikkan markah kredit anda untuk mencerminkan
rekod pembayaran semasa yang lebih baik.
Ini bermakna jika anda menghadapi
masalah besar seperti disenarai hitam atau muflis, anda mungkin terpaksa
menunggu sehingga nama anda dikeluarkan sepenuhnya daripada rekod. Sebagai
contoh, jika anda telah diisytiharkan muflis atau telah disenarai hitam, kredit
anda terjejas teruk dan anda tidak mungkin mendapat sebarang bentuk pinjaman.
Walaupun markah kredit anda sekarang
ini cukup baik, anda mungkin perlu memerlukan lebih masa untuk meningkatkan
penarafan kredit secukupnya bagi mendapatkan pinjaman.
Institusi kewangan mungkin mempunyai
dasar pinjaman berbeza. Dalam memproses permohonan pinjaman, institusi kewangan
akan melakukan penilaian kredit ke atas peminjam.
Ini mungkin membabitkan pemeriksaan
latar belakang daripada pelbagai sumber, antara lain, Biro Kredit sahih atau
agensi seperti CTOS Sdn. Bhd. (CTOS), Financial Information Services Sdn Bhd
(FIS), RAM Credit Information Sdn Bhd (RAM) atau Central Credit Reference
Information System (CCRIS), sebuah sistem maklumat yang disediakan oleh Bank
Negara Malaysia.Maklumat yang disediakan oleh agensi
rujukan kredit akan membantu institusi kewangan dalam proses penilaian mereka.
Justeru, masing-masing mungkin
mempunyai penilaian berbeza terhadap kedudukan anda.
Jika anda mempunyai masalah kredit,
cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah dengan mendapatkan penjelasan
daripada bank yang terbabit atau anda boleh mengemukakan pertanyaan di http://creditbureau.bnm.gov.my/
atau menghubungi BNMTELELINK at 1-300-88-5465.
Tidur malam pun tak lena.... asyik fikir masalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan