Isnin, 19 Disember 2011

obesiti

Obesiti: Penyelesaian Pembedahan dan Perubatan

Profesional kesihatan sentiasa mengesyorkan penurunan berat badan melalui diet dan senaman, tetapi dalam keadaan tertentu, mereka akan melakukan pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan bariatrik. Seperti pembedahan yang lain, ianya mempunyai risiko yang tinggi, dan ia juga bukan penyelesaian untuk setiap orang. 

       Untuk layak dibedah, seseorang itu hendaklah terlalu gemuk atau obes dengan masalah kesihatan yang serius. Doktor biasanya akan menyuruh pesakit cuba mengurangkan berat badan melalui diet dan senaman atau pengambilan ubat sebelum bersetuju untuk membuat pembedahan. Pesakit juga perlu memahami bahawa dengan pembedahan datang komitmen sepanjang hayat untuk mengubah tabiat makan dan bersenam. Ia bukannya “penyelesaian segera”.



Terdapat dua jenis pembedahan obesiti, terhad dan malabsorptive.

Pembedahan terhad – Ia menghadkan pengambilan makanan dengan membuat perut lebih kecil. Jenis pembedahan terhad yang paling biasa adalah pintasan gastrik. Dalam pembedahan ini, perut dikokot untuk mewujudkan satu kantung kecil yang hanya boleh memegang kira-kira satu aun makanan. Usus kecil kemudian dipotong, dan sebahagian daripadanya dijahit terus ke kantung. Prosedur ini menyalurkan makanan dari kantung kecil terus ke dalam bahagian kedua usus kecil dan bukannya melalui seluruh perut, bahagian pertama usus kecil. Ini menghadkan bilangan kalori yang diserap oleh badan. Kebanyakan orang yang menjalani pembedahan pintasan gastrik hilang sekitar separuh dari berat badan berlebihan mereka, dan ramai dari mereka dapat mengekalkannya selama 10 tahun atau lebih.

Walaupun nampak berjaya, ianya tidak bebas dari risiko. Kira-kira satu dalam 200 orang meninggal dunia akibat pembedahan ini, dan mereka yang menjalaninya mungkin mendapat kesan sampingan seperti kekurangan zat besi dan vitamin B-12, batu karang, dan pendarahan ulser. Juga, disebabkan perut begitu kecil, makan terlalu banyak boleh menyebabkan muntah atau sakit yang teruk.

Pembedahan malabosorptive – jarang dilakukan berbanding dengan pembedahan terhad kerana ia lebih berisiko. Pembedahan ini menghadkan jumlah kalori dan nutrien yang diserap oleh tubuh, menyebabkan peningkatan risiko kekurangan zat makanan dan vitamin.

Pengambilan ubat – diberikan kepada mereka yang mempunyai BMI 30 ke atas dan tiada masalah kesihatan lain, atau BMI lebih 27 dengan dua atau lebih masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti. Seperti pembedahan, ubat bukan pengganti kepada program diet dan senaman yang tetap.
Terdapat tiga jenis ubat yang diluluskan oleh FDA Amerika Syarikat iaitu Orlistat, Sibutramine, dan Phentermine.

Orlistat – Ubat penyekat lemak. Ia menyekat kira-kira 30 peratus lemak dari diserap ke dalam badan. Lemak yang tidak dihadamkan dikeluarkan daripada badan melalui pembuangan air besar. Pesakit biasanya mengambil satu kapsul tiga kali sehari semasa makan. Kesan sampingan termasuk buang air besar berminyak, sakit perut, peningkatan bilangan buang air besar, dan haid tidak teratur.

Sibutramine – Ubat penahan selera. Biasanya diambil sekali sehari dengan atau tanpa makanan. Ia diluluskan untuk kegunaan jangka panjang, tetapi ia boleh menjadi tabiat. Kesan sampingan termasuk sakit kepala, sembelit, insomnia, perubahan mood, dan sakit perut.

Phentermine – Juga ubat penahan selera. Biasanya diambil hanya satu dos di waktu pagi atau tiga kali sehari 30 minit sebelum makan. Phentermine bukan untuk kegunaan jangka panjang dan biasanya hanya diberikan untuk selama tiga hingga enam minggu. Ia juga boleh menjadi tabiat. Kesan sampingan termasuk mulut kering, rasa yang tidak menyenangkan, cirit-birit, sembelit, dan muntah-muntah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...