Pemakanan Seimbang – Makanan Pelbagai Warna
Kita perlu memperbagaikan warna makanan atau diet kita kerana mereka mempunyai vitamin dan mineral yang berbeza. Begitulah saranan dari Persatuan Jantung Amerika. Mari kita lihat warna yang harus ada dalam diet kita setiap hari.
Merah - Buah-buahan dan sayur-sayuran merah
mengandungi nutrien yang membantu menjaga kesihatan jantung dan saluran
kencing. Mereka juga membantu ingatan dan mengurangkan risiko mendapat
beberapa jenis kanser. Bila bercakap tentang merah, pilih antaranya
epal, ceri, strawberi, tomato, lada merah, dan lobak merah.
Kuning / Oren - Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning
dan oren mengandungi antioksidan yang memelihara jantung, penglihatan,
dan sistem imun yang sihat. Buah-buahan dan sayuran kuning dan oren
termasuk aprikot, lemon, pic, tembikai, labu, karot dan ubi keledek.
Hijau – Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau membantu
mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan mengekalkan tulang dan
gigi yang kuat. Pilih makanan seperti anggur hijau, brokoli, avokado,
bayam, epal hijau dan limau.
Biru / Ungu - Buah-buahan dan sayur-sayuran biru dan
ungu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan menjaga kesihatan
saluran kencing anda. Mereka juga membantu mengekalkan fungsi ingatan
anda. Beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran biru dan ungu yang lazat
termasuk beri hitam, beri biru, kismis, plum, terung, dan kubis ungu.
Putih – Makanan putih menggalakkan kesihatan jantung anda, dan jika anda sudah mempunyai kolesterol yang sihat, mereka akan membantu mengekalkan tahap tersebut. Pisang, pear, kubis bunga, cendawan, dan bawang putih adalah pilihan lazat yang boleh anda masukkan ke dalam pelan atau program diet anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan