Negara yang dibenarkan ialah:
- Indonesia - Thailand - Kemboja - Filipina - Sri Lanka - India - Vietnam -
Laos
Syarat Kelayakan Gaji Pemohon - Gaji Bersih Majikan
- Indonesia - RM 3000
- Thailand - RM 3000
- Kemboja - RM 3000
- Vietnam - RM 3000
- Laos - RM 3000
- Filipina - RM 5000
- Sri Lanka - RM 5000
- India - RM 5000
Syarat Lain
- Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai:
* Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
* Ibu bapa yang sakit/uzur.
SENARAI SEMAK (bagi maid yang belum masuk Malaysia)
- Borang permohonan baru (PRA1)
- Borang Permohonan Gantian PRA (PRA2) jika berkaitan je
- Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
- Borang IM 38. (Permohonan Visa)
- Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
- Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan)
- Salinan Pasport pembantu rumah asing
- Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
- Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
- Bukti pendapatan tetap suami isteri:
- Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
- e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran
- Salinan kad pengenalan suami isteri
- Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit)
- Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
- PRA yang telah mendapat surat kelulusan Visa Dengan Rujukan perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan sebelum masuk ke Malaysia.
- Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan. Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberi Pas Khas untuk tempoh 30 hari supaya majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di pejabat Imigresen yang meluluskan VDR sama ada Pejabat Imigresen Negeri atau Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.
- Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.
- Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki membawa PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera (dalam tempoh sebulan). Pekerja yang gagal pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal mereka segera.
SENARAI SEMAK (bagi maid yang dah masuk Malaysia)
- Borang permohonan baru (PRA1)
- Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
- Borang IM 38. (Permohonan Visa)
- Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
- Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan)
- Salinan Pasport pembantu rumah asing (muka depan dan muka surat yangg ada cop masuk yg masih berlaku.
- Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
- Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
- Bukti pendapatan tetap suami isteri:
- Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
- e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran
- Salinan kad pengenalan suami isteri
- Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit)
- Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
pergi balik ke Imigresen untuk dapatkan stiker.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan