Dragon Fruit Cactus / Kaktus Buah Naga
Kaktus Buah Naga
Buah NAGA adalah buah kepada sejenis pokok KAKTUS...kisahnya.... Nama saitifik bagi buah
naga adalah
Hylocereus undatus berasal dari Amerika Selatan
tetapi ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia. kat Malaysia pun dah berlambak ladang NAGA nih . Tak sangka plak rupanya buah pokok kaktus boleh dimakan...
Romanesco Broccoli
Semacam je brokoli ni, berani nak makan?
Ini adalah sejenis brocoli dan ia boleh dimakan tapi rupa dia
menakutkan haha. Tergolong daripada speseis Brassica oleracea. Pertama
kali dijumpaai di Itali pada kurun ke 16. Ia kaya dengan
vitamin C,
vitamin K,
fibre, dan
carotenoids.Cantik la pulak.... mesti mahal ni...
Venus Flytrap
Ini adalah venus fly trap
Ini adalah sejenis tumbuhan karnivor, ia makan serangga. Nama saitifiknya adalah
Dionaea muscipula tapi kami kurang pasti dalam Bahasa Malaysia apa nama dia. Yang ni rasa nya tak boleh dimakan...hehhehe
Pitcher Plants / Periuk Kera
Periuk Kera... Cantik... kat umah aku tak le cantik cam ni....
Pitcher plants atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Periuk Kera
merupakan tumbuhan yang banyak dijumpai di Asia Tenggara. Nama
saintifiknya adalah
Nepenthes spp berasal dari famili Nepenthaceae. Biasanya ia tumbuh di kawasan tanah berasid yang tidak subur dan kekurangan nitrogen.
Sundew
Sundew
Ini adalah sejenis pokok tapi rupa dia macam alien -.- Sama seperti
venus flytrap jejari-jejari pada pokok itu digunakan untuk memerangkap
serangga. Ia juga dikenali dengan nama Drosera yang merupakan perkataan
Latin yang sama maksud dengan Sun Dew iaitu lebih kurang macam “Embun
Matahari”. sumber:
wikipedia
Baseball Plant
Baseball Plant
Ini adalah pokok baseball atau nama saitifiknya,
Euphorbia obesa.
Ia boleh tahan kesejukkan sehingga -2°C ketika cuaca sejuk. Terdapat
bahagian yang beracun pada pokok ini yang diberi nama sap. Tetapi
kurang pasti di mana bahagian sap yang dimaksudkan itu.
Welwitschia
Welwitschia.. cam pokok hantu jer..
Jika anda fikirkan gambar di atas ini adalah pokok yang sudah mati,
anda silap. Ia memang berkeadaan sebegitu rupa sejak mula ditemui oleh
ahli botani Autria, Friedrich Welwitsch pada tahun 1859. Oleh kerana
sifatnya yang sebegitu rupa ia digelar “living fossil” atau fosil hidup.
Nama saitifik bagi pokok ini adalah Welwitschia mirabilis. sumber: wikipedia
Rafflesia / Bunga Pakma
Rafflesia
Bunga Rafflesia atau pakma ini pasti tidak asing lagi bagi masyarakat
di Malaysia. Bunga ini merupakan bunga rasmi bagi Negara Indonesia dan
juga Negeri Sabah. Ia mula dijumpai pada tahun 1816 oleh Dr. Joseph
Arnold dan telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles. Speseis pertama
yang dijumpai mereka di beri nama Rafflesia Arnoldii bersempena nama
mereka. Ia merupakan bunga paling besar di dunia dengan rekod kebesaran
saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7
kilogram (15 lbs). Ia mempunyai bau yang sangat busuk bertujuan menarik
minat para serangga untuk melakukan proses pendebungaan
Titan Arum
Titan Arum
Titan Anum ini merupakan bunga yang sangat besar dan hidup subur di Hutan Hujan Sumatra. Nama saintifik bunga ini adalah
Amorphophallus titanum dan disebabkan baunya yang sangat busuk, ia diberi gelaran “Corpse Flower” atau Bunga Bangkai.huh.... sure busuk gile nih...
Baobab Tree
Pokok Baobab
Walaupun rupanya agak pelik, tetapi ia merupakan salah satu ciptan
tuhan yang sangat menakjubkan. Pokok yang mempunyai pelbagai gelaran ini
merupakan pokok kebangsaan Madagascar. Antara gelaran yang diberikan
kepada pokok ini adalah “tree of life” atau pokok kehidupan kerana ia
mampu memberikan makanan, minuman, pakaian dan tempat berteduh kepada
manusia dan juga haiwan. Buah dari pokok ini diberi nama “monkey bread”
atau roti monyet dan mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi.
Kebanyakkan harinya, pokok ini memang tidak berdaun menyebabkan dahan
dan ranting pokok ini kelihatan seperti akar pokok. Atas sebab yang
demikian, pokok ini juga dikenali sebagai “upside down tree” atau pokok
terbalik. sumber.
Semoga kita mendapat ilmu yang berguna dan bermanfaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan