Isnin, 31 Ogos 2020

Kebaikan Sarang Burung

 Asalamualaikum sahabat semua

Hari ni saya nak berkongsi tentang kebaikan sarang burung. Entah la..umur mangkin meningkat, kulit pun makin kering. Nak makan macam-macam pun tak berani sangat. Dah buka kilang GULA..πŸ˜πŸ˜€. Manis sokmo orang kata.


Cari punya cari banyak juga info dapat pasal kebaikan sarang burung ni. Boleh lah baca kat sini πŸ‘‡


So, boleh la cuba. Nak beli yang mahal-mahal sangat tak mampu jugak. Try Ecolite Bird Nest je lah.. tu pun beli kat Shopee je..Harga mampu milik. RM 4.90 je satu.



 






Khamis, 27 Ogos 2020

Towing Motor & Hantar Barang Harga Bajet 24 Jam

 

Base kami di Putrajaya
Nak servis kami..
Call 0177002499. - ZuL
Ke mana sahaja lokasi anda

Antara Servis Yang Kami Sediakan !!!
⚡️Tunda / rescue motosikal rosak atau kemalangan ( motorcycle towing services )
⚡️Penghantaran motosikal seluruh semenanjung ( Motorcycle Transport )
⚡️Penghantaran pergi dan balik ke Trackday Sepang (SIC)
⚡️Backup Transport untuk event / konvoi / basikal
⚡️Penghantaran barang-barang rumah / kedai

Jom !!

Hubungi Kami Segera..

⚡️Kami beroperasi 24jam setiap hari.
⚡️Kami berpengalaman dalam pengendalian semua jenis motosikal
⚡️Harga kami..mampu milik 🀣
⚡️Perkhidmatan kami cepat dan cekap

Selasa, 25 Ogos 2020

Sambal Sardin Petai

Tak tau nak masak apa... 
Tak berapa rajin nak masak macam-macam..
HeheheheπŸ˜‚πŸ˜‚
Jom masak

Menu Simple
πŸ€ Sambal Sardin with Petai
☘️ Sayur Kobis Goreng Kering
☘️ Talang Masin Goreng

Cukup la 3 jenis... kalau ada budak-budak, boleh tambah Telur Goreng Dadar


Bahan-Bahan
Cili Kering 20 tangkai- rendamkan dulu
Bawang Besar 1 Ulas
Bawang Putih 5 Ulas
Asam keping sekeping je
Petai 3 papan
Sardin tin sederhana besar
Garam secukup rasa + ajinamoto kalau suka

Cara Masak
Basuh dulu  cili+bawang besaq +bawang putih = blande halus... jangan halus sangat..nanti tak sedap.
Lepas tu...tumiskan bahan yg dah blande tadi...sampai pecah minyak....Lepas tu masukan Sardin tin. Lupa pulak Sardin tu saya buang sos dia yg dalam tin tu....sebab tak berapa suka.
Kemudian boleh masukan petai dan garam secukup rasa...


Ikan Talang ni beli sekoq yg besaq kat Tanjung Dawai..ikan baru..rasa dia sedap sangat. Tapi sebelum goreng potong kecik dulu dan rendam setengah jam. Baru tak masinπŸ€ͺ



Yang ni paling mudah... tumis bawang merah dan bawang putih... tambah udang hidup sikit..nak sedap udang kertas la....pas tu masuk kobis...tak yah tambah air...nanti tak sedap.

Haaaaa....siap menu makan malam. Senangkan....



Isnin, 24 Ogos 2020

Mask yang amat selesa dipakai

Untuk perkongsian bersama. Mask ni selesa sangat dipakai. Terletak kemas dan yang paling penting boleh bernafas dengan selesa. Kalau pakai mask biasa kan, bila kita tarik nafas mask akan tersedut ke lubang hidung dan mulut. Paling best kalau pakai Cermin mata, tak berjerubu atau kelabu tau. 


Material lembut, tali tak menyakitkan telinga.



Cer tengok sape pakai. Ampun Tuanku..




XERALIFE Decontaminator Air Mask

Sekotak ada 3pcs






 Kalau berminat nak try boleh terus whatsapp saya. klik je terus sini






Sabtu, 22 Ogos 2020

Suka Dessert

Ni anak pompuan aku punya kerja...nak makan dessert sangat....aku pun layan lah... sampai ke destinasi perempuan semua beb....dok berbaris nak masuk. Boleh tahan la jugak...orang tak putus-putus....Tunggu Q tak la lama sangat. Sib baik la...Kalau tak... lain hari lah

Antara dessert-dessert yang mengongcang iman...🀣🀣🀣 Jom cuci mata..






Sedap-sedap wehh... kalau ikut hati nak rasa semua....

Selain daripada menu yg manis-manis ni...ada jugak menu lain.. ni antara yg aku oder.....

Aglio with kambing

Kambing

Aglio ayam grill... kena cuba nih.... rasa dia sedap sangat... tekak melayu..

Tambah kilo...πŸ˜‚πŸ˜‚


Pendek kata.. sedap-sedap belaka....... 4 beranak Makan dalam 150...... boleh la..... yg nak trf boleh wave Suka Dessert. Lokasi -Kepong

https://invol.co/clzzxq

Jumaat, 21 Ogos 2020

Karnival Sukan al-ikhsan 2.0 di PWTC

Pagi ni.. tujuan ride breakfast kat pantai dalam ja.. makan nasi bungkus pantai timur.... tapi lepas breakfast tersampai kat sini pulak. 🀣🀣🀣.. Karnival Sukan Al Ikhsan...

Lokasi  : Hall 3 & 4 PWTC,KL
Tarikh  : 20hb – 31hb Aug 2020  
Masa    : 10am-10pm


Ramai jugak orang...

Kena beratur.. tapi okey lah...semua boleh masuk


Banyak kasut....Antaranya πŸ‘†πŸ‘‡




Yang aku tangkap..yg ni je... 4 barang πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡3 rat lebih jugak... Tapi okey lah


Kesimpulanya.. yang nak beli kasut, beg n tshirt...sini banyak pilihan dan harga pun berbaloi



Selasa, 18 Ogos 2020

Taman Negara Johor Tanjung Piai


Tak tahu nak kemana hujung minggu..... Jom kita ride ke Tanjung Piai.

Tanjung Piai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Pontian. Kalau dari KL ambik masa lebih kurang 3jam lebih. Tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini  adalah Taman Negara Tanjung Piai Johor. Harga tiket untuk masuk RM5 untuk Dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.



Apa yang ada kat sini?? πŸ˜‹
Sebenarnya..tak ada apa sangat pun.... boleh la..jalan -jalan dalam hutan Paya bakau...bagi keluaq peluh sikit.....sampai hujung sekali akan jumpa Penghujung Benua dan laut luas terbentang. Nampak la kapal-kapal besaq dok parking... Sebelah nun..aku tak pasti...Singapore ka... entah....


Never Walk Alone... Why???? 
sbb cik dan encik Nyet-nyet banyak kat sini..so, hati-hati dengan apa yg anda bawa.


Ok,  Habis..... bab Taman Negara... Jom kita isi perut pulak.. Lokasi makan lebih kurang 11 minit dari homestay.... view kiri kanan parit dan agak masuk ke dalam jugak..Ada satu je kedai makan kat lokasi ni. nama kedai Mandella Seafood..Menu & Harga pun ok.

Boleh Wave atau klik sini πŸ‘‰Mandella Tomyam . 

 Antara menu yg di oder.....sotong tepung...udang tepung..ketam pedas...puyuh kunyit..yg lain tak sempat dah nak ambik gambaq.....lapaqqqq....kami mkn 8 orang lebih kurang 3rat lebih jugak...

 

Kat sini saya share juga Homestay yang agak selesa dan dekat dengan Taman negara, Lebih kurang  1 km je. Harga RM170 ada 2 bilik 1 bilik air n mini dapur.
Ni Blog dia... boleh dapat detail kat sini Homestay Pinggiran Tanjung Piai









Ahad, 9 Ogos 2020

Steamboat di Cameron Highland

Jom layan Steamboat !!
Tetiba tekak nak Steamboat pulak...kali ni tak mau. yang cheese dah... tekak loya..boleh makan sikit je..rugi..rugi... malam ni kita try Glory Steamboat. Parking pun senang.


Sebelah luar ada nasi bamboo..tapi kalau malam biasanya dah abis... ada berayani bamboo kambing n ayam. orang yang suka berempah boleh la.. Aku tak suka sangat. Sebenarnnya kat Cameron nni banyak port stemboat. Ikut selera dan kemampuan. Antaranya :

  • Glory 78 Steamboat Snack Corner
  • Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill
  • Y.A.Z Steamboat N” Grill
  • Atilla Santai Steamboat
Tapi malam ni aku lepak Glory steamboatπŸ˜‹πŸ˜‹

Steamboat sini bukan buffet style. Pilih la untuk 2 orang ke..4 orang ke..nanti diaorang hidangkan. Aku ambik utk 2 orang je...sebab yg lain tak reti makan steamboat..hahahaha..boleh tak reti...

Selain steamboat, ada juga menu lain-lain yang menarik juga. 


Last sekali kita kena Banana Split... Sejuk-sejuk pun boleh layan.....πŸ˜‚πŸ˜‚



lagi satu nak pesan, yang nak cari stawberry.. cari yang kaler putih ni..lagi manis dari yang merah... kalau digigit.. kaler dalam putih juga.... rasa manis sesangat....tapi tak selalu ada... boleh dapat kat kedai tepi-tepi jalan di Tringkap... 













Rabu, 5 Ogos 2020

RORO ke Langkawi

Hari ni aku coti-coti Malaysia..... 3 hari je... tp bawa masuk kereta jugak sbb ada job nak buat.
Bagi yg tak tau cam mana nak bawa masuk kereta,boleh intai-intai link ni... ada banyak pilihan jugak. 


Kalau tak booking awal...takut penuh la....
Ni kena ke Jeti Kual Perlis tau.... Kuala Kedah tak dak roro..🀣

Ingat bila dah sampai kena cari kaunter company yg telah di booking untuk buat borang kastam... bagi Copy ic n geran je...nanti kaunter tu uruskan semua...kalau kereta bukan nama sendiri..kena ada surat kebenaran dari owner..

Ni lah roronya.... bayaran tambang ikut cc kereta... motosikal pun sama... ikut cc...Nanti diaorang akan minta masuk 1 @ setengah jam awal...


Ni kadar tambang roro ☝️☝️☝️

Dah naik... dpt ler dok depan sekali.....senang nak kluaq🀣🀣🀣


Ni ruang penumpang..πŸ‘‡πŸ‘‡. kalau tak mau dok lam kereta..boleh naik atas... yang penting, ruang ni sejuk dingin.... boleh la... selesa la jugak.... ada la jugak jual keropok, buger n air...buat kunyah-kunyah sementara nak sampai Langkawi. Perjalanan roro dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi akan ambil masa lebih kurang 2 jam setengah....

Sampai ke Jeti Tanjung Lembung, tak sempat nak ambil gambaq dah.... kena lalu pemeriksaan kastam untuk keluar. Terus ke Pekan Kuah.... ambik bilik n lelek-lelek dulu...



Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...