Soal jawab berkenaan telekung berwarna, telekung nipis, tidak bertelekung dan sebagainya
Disini disertakan kemungkin ada kemusykilan dalam diri saudari2 sekalian tentang Telekung dan Islam...
1.dipetik dari : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/39712
1.dipetik dari : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/39712
Soalan
Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya apakah hukum memakai telekung yang berwarna seperti biru, pink, ungu dan sebagainya? Telekung itu juga nipis dan berbayang apabila memakainya tetapi tidaklah sehingga menampakkan warna kulit. Saya amat berharap kemusykilan saya ini terjawab kerana saya bercadang untuk menjual telekung travel berwarna dan telekung tersebut juga nipis tetapi tidak sehingga menampakkan warna kulit.
Sekian, terima kasih.
Saya ingin bertanya apakah hukum memakai telekung yang berwarna seperti biru, pink, ungu dan sebagainya? Telekung itu juga nipis dan berbayang apabila memakainya tetapi tidaklah sehingga menampakkan warna kulit. Saya amat berharap kemusykilan saya ini terjawab kerana saya bercadang untuk menjual telekung travel berwarna dan telekung tersebut juga nipis tetapi tidak sehingga menampakkan warna kulit.
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat)
2. dipetik dari : http://azmieyusoff.blogspot.com/2011/04/pemakaian-telekung-yang-begitu-sinonim.html
antara sedutan dari entri beliau :
"Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. "
3. dipetik dari : http://azimadiyshop.blogspot.com/2011/11/hukum-pakai-pakaian-ketat-ketika-solat.html
4.dipetik dari: http://sidratulmuntaha.tumblr.com/post/14064375314/assalamualaykum-wa-rahmatullahi-wa-barakatuh-ukhtee
Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh ukhtee. Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai telekung yang jarang? Macam, telekung kita berwarna putih, dan sememangnya menutup aurat tetapi kalau kita lihat balik, ianya jarang. Kalau pakai t-shirt berlengan pendek di dalam, pasti nampak warna kulit tangan kita. Perlukah kita pakai inner/berlengan panjang/berstoking di bawah telekung itu? Jazakallahu khairan, ukhtee.
Anonymous
Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh ya ukhti. :)
Bismillah.. menurut Ustaz Azhar Idrus, jika nampak warna kulit dari luar telekung/pakaian wanita, tidak sah solatnya. wajib diulang semula solat yg telah dilakukan.
tapi jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya, tapi solatnya sah. :)
jadi kalau telekung kita jarang, adalah perlu untuk kita cover sepenuhnya dulu sebelum menyarung telekung kita. tak kiralah dengan memakai inner, berlengan panjang atau apa juga, asalkan dapat menutup aurat.
marilah sama2 kita perbaiki. sebelum solat check dulu aurat. bimbang nanti yang dapat hanyalah penat. biar susah didunia jangan susah diakhirat. :)
wallahu a’lam. wa iyyaki ukhti. <3
5. Dipetik dari : http://imamudasyraf.com/v2/?p=354
"Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”
Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih."
Ada banyak lagi . ... kalian boleh google, atau search di internet dan offline tanyakan pada ustaz atau ustazah....apa yang penting solat perlu menutup aurat