Ahad, 25 Oktober 2020

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni... 
sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi..
Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama dia. 
Memag terbaik dan Cepat hilang sakit tekak korang.
Tak PEDAS cam setengah ubat kumur.... sampai berapi rasa
Tak Manis..😂





Boleh beli kat Farmasi.
Harga RM19

Rabu, 21 Oktober 2020

Tipah Berenang




My name is Tipah.

Tipah  lahir kat Cameron Highland tauuu...
Sekarang menetap di Putrajaya sbb ikut dady n mumy pindah
Kat umah always stay dalam sangkar je. Jarang dapat lepas...sebab kalau terlepas..Tipah cam lupa diri sikit. 🤣

Today, Tipah ikut dady n mumy balik Langkawi...  1st time Tipah tengok laut... Paling tak sangka...Tipah pandai berenang tau...Tipah  pun tak tahu Tipah boleh berenang. Maklumlah lahir atas bukit...tempat sejuk lagi.  Tipah belajar berenang dalam mimpi.😂



Rabu, 7 Oktober 2020

Cara Untuk satukan Blog anda.

 Assalamualaikum.

Hari ni aku nak update cara untuk satukan semua blog dalam satu blog saja. Aku pun tak pandai sebenarnya, sebab ni bukan bidang aku pun... belajor pun idak...

Aku ada dua tiga blog yang nak log in kena masuk email yang berbeza,,, kejap masuk blog ni email lain... pas tu log out.. masuk email lain pulak.. rasa leceh dok in out. 

Yang jadi banyak blog tu sebab sebelum ni tak berapa pandai... nak jual sabun contohnya.. buat blog utk sabun..nak jual cadar..buat blog untuk cadar....Aku tak tau dalam satu blog tu aku boleh ujudkan blog lain dengan email log in yang sama.

Aku pun googel la.. CARA NAK SATUKAN BLOG ANDA... memang keluar... kena edit html...aku try banyak kali.. tak jadi pun... dia akan keluar error macam ni 👇 mungkin aku ada terubah apa-apah dah kot.

Last-last naik meluat dah nak try. Ntah macam mana pulak tergerodek kat setting. Ada cara MUDAH rupanya. Tak payah edit-edit html. 

1.    Mula-mula buka blog yang kita nak satukan tu. Contoh : Blog B.  Blog B ni nak disatukan dengan Blog A.  Pi ke setting dan klik BACK UP CONTENT. Kemudian save la kat mana-mana. Asal ingat ja tempat yg disavekan tu.


********💀******


 Fail back up tu akan keluar mcm ni 👆. Yg ni saja aku pada sikit-sikit. takut ada yang pandai... hack pulak blog aku yang tak berapa nak pandai ni😁😁


2. Sekarang kita buka blog A. Pi ke setting dan klik IMPORT CONTENT.


Dah selesai... kena tunggu sekejap lah sampai dia automatik save dan update.  Cuma nanti dia akan bercampur dengan pos-pos korang yang lama... ikut date.

kalau tak mau bercampur.. buat jer blog baru dalam tapak domain yang sama. Klik butang tiga segi kecik ni... 


 Pas tu klik NEW BLOG. Dan letak lah nama bloh korang. Bila dah wujud blog baru... pi ke setting dan buat lah langkah diatas untuk pindahkan blog lama ke blog baru tu.


Tak tau lah korang faham ke idok apa yang aku sampaikan ni. 😁 ke aku sorang je yg faham...😋😋











Selasa, 6 Oktober 2020

Contoh surat tidak hadir ke sekolah sakit, urusan keluarga, kebimbangan covid19

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Kadang-kadang pening bila anak tak pi sekolah dan cikgu minta surat. Jenuh terkebil-kebil mengarang.

Kat sini saya ada sertakan contoh yang boleh di download dan di edit :

(i) Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Sakit .

Cer klik 👉 Sakit Perut


(ii) Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Urusan Keluarga

Cer klik 👉 Urusan Keluarga


(iii) Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Kebimbangan Covid19

Cer klik 👉Kebimbangan Covid


Ni contoh ja tau, yg saya buat untuk kegunaan saya bukan format dari mana-mana pihak. Boleh la tengok, copy kot tak dak idea nak buat surat untuk anak. Ada ejaan yang salah maaf deh, mokcik tak perasan... nak betulkan malas dah..😅

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...