Ahad, 25 Oktober 2020

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni... 
sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi..
Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama dia. 
Memag terbaik dan Cepat hilang sakit tekak korang.
Tak PEDAS cam setengah ubat kumur.... sampai berapi rasa
Tak Manis..😂





Boleh beli kat Farmasi.
Harga RM19

Rabu, 21 Oktober 2020

Tipah Berenang




My name is Tipah.

Tipah  lahir kat Cameron Highland tauuu...
Sekarang menetap di Putrajaya sbb ikut dady n mumy pindah
Kat umah always stay dalam sangkar je. Jarang dapat lepas...sebab kalau terlepas..Tipah cam lupa diri sikit. 🤣

Today, Tipah ikut dady n mumy balik Langkawi...  1st time Tipah tengok laut... Paling tak sangka...Tipah pandai berenang tau...Tipah  pun tak tahu Tipah boleh berenang. Maklumlah lahir atas bukit...tempat sejuk lagi.  Tipah belajar berenang dalam mimpi.😂



Rabu, 7 Oktober 2020

Cara Untuk satukan Blog anda.

 Assalamualaikum.

Hari ni aku nak update cara untuk satukan semua blog dalam satu blog saja. Aku pun tak pandai sebenarnya, sebab ni bukan bidang aku pun... belajor pun idak...

Aku ada dua tiga blog yang nak log in kena masuk email yang berbeza,,, kejap masuk blog ni email lain... pas tu log out.. masuk email lain pulak.. rasa leceh dok in out. 

Yang jadi banyak blog tu sebab sebelum ni tak berapa pandai... nak jual sabun contohnya.. buat blog utk sabun..nak jual cadar..buat blog untuk cadar....Aku tak tau dalam satu blog tu aku boleh ujudkan blog lain dengan email log in yang sama.

Aku pun googel la.. CARA NAK SATUKAN BLOG ANDA... memang keluar... kena edit html...aku try banyak kali.. tak jadi pun... dia akan keluar error macam ni 👇 mungkin aku ada terubah apa-apah dah kot.

Last-last naik meluat dah nak try. Ntah macam mana pulak tergerodek kat setting. Ada cara MUDAH rupanya. Tak payah edit-edit html. 

1.    Mula-mula buka blog yang kita nak satukan tu. Contoh : Blog B.  Blog B ni nak disatukan dengan Blog A.  Pi ke setting dan klik BACK UP CONTENT. Kemudian save la kat mana-mana. Asal ingat ja tempat yg disavekan tu.


********💀******


 Fail back up tu akan keluar mcm ni 👆. Yg ni saja aku pada sikit-sikit. takut ada yang pandai... hack pulak blog aku yang tak berapa nak pandai ni😁😁


2. Sekarang kita buka blog A. Pi ke setting dan klik IMPORT CONTENT.


Dah selesai... kena tunggu sekejap lah sampai dia automatik save dan update.  Cuma nanti dia akan bercampur dengan pos-pos korang yang lama... ikut date.

kalau tak mau bercampur.. buat jer blog baru dalam tapak domain yang sama. Klik butang tiga segi kecik ni... 


 Pas tu klik NEW BLOG. Dan letak lah nama bloh korang. Bila dah wujud blog baru... pi ke setting dan buat lah langkah diatas untuk pindahkan blog lama ke blog baru tu.


Tak tau lah korang faham ke idok apa yang aku sampaikan ni. 😁 ke aku sorang je yg faham...😋😋











Selasa, 6 Oktober 2020

Contoh surat tidak hadir ke sekolah sakit, urusan keluarga, kebimbangan covid19

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Kadang-kadang pening bila anak tak pi sekolah dan cikgu minta surat. Jenuh terkebil-kebil mengarang.

Kat sini saya ada sertakan contoh yang boleh di download dan di edit :

(i) Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Sakit .

Cer klik 👉 Sakit Perut


(ii) Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Urusan Keluarga

Cer klik 👉 Urusan Keluarga


(iii) Contoh Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Kebimbangan Covid19

Cer klik 👉Kebimbangan Covid


Ni contoh ja tau, yg saya buat untuk kegunaan saya bukan format dari mana-mana pihak. Boleh la tengok, copy kot tak dak idea nak buat surat untuk anak. Ada ejaan yang salah maaf deh, mokcik tak perasan... nak betulkan malas dah..😅

Khamis, 24 September 2020

Masked Singer Malaysia


Siapa di sebalik Topeng?
Tertengok.... best la pulak..🤣🤣🤣🤣. lain dari yg lain program ni....
Kumpulah episod kat sini..senang nak tengok nanti. 

Program ni setiap JUMAAT di Astro Warna.. Jam 9 mlm.
Sumber dari Astro..

My name is Beyo

Salam,  hari ni ak berkongsi tentang kucing kesayangan family ni... nama dia BEYO... lahir di Putrajaya...umur lebih kurang 7 tahun.... hidup berpindah randah ikut tuan... dari Putrajaya ke Port Dickson... pas tu ke Kuantan Pahang....lepas tu naik ke Cameron Highlands..dan kembali ke Putrajaya.

Beyo ni penakut.. suka dok bawah katil je dulu. Masa di Port Dickson, buka econ bilik semata-mata untuk dia je... sbb PD panas...


Bulu telinga tu tak tahan...🤣🤣🤣



Hidung besaqqq🤣🤣









Isnin, 31 Ogos 2020

Kebaikan Sarang Burung

 Asalamualaikum sahabat semua

Hari ni saya nak berkongsi tentang kebaikan sarang burung. Entah la..umur mangkin meningkat, kulit pun makin kering. Nak makan macam-macam pun tak berani sangat. Dah buka kilang GULA..😁😀. Manis sokmo orang kata.


Cari punya cari banyak juga info dapat pasal kebaikan sarang burung ni. Boleh lah baca kat sini 👇


So, boleh la cuba. Nak beli yang mahal-mahal sangat tak mampu jugak. Try Ecolite Bird Nest je lah.. tu pun beli kat Shopee je..Harga mampu milik. RM 4.90 je satu.



 






Khamis, 27 Ogos 2020

Towing Motor & Hantar Barang Harga Bajet 24 Jam

 

Base kami di Putrajaya
Nak servis kami..
Call 0177002499. - ZuL
Ke mana sahaja lokasi anda

Antara Servis Yang Kami Sediakan !!!
⚡️Tunda / rescue motosikal rosak atau kemalangan ( motorcycle towing services )
⚡️Penghantaran motosikal seluruh semenanjung ( Motorcycle Transport )
⚡️Penghantaran pergi dan balik ke Trackday Sepang (SIC)
⚡️Backup Transport untuk event / konvoi / basikal
⚡️Penghantaran barang-barang rumah / kedai

Jom !!

Hubungi Kami Segera..

⚡️Kami beroperasi 24jam setiap hari.
⚡️Kami berpengalaman dalam pengendalian semua jenis motosikal
⚡️Harga kami..mampu milik 🤣
⚡️Perkhidmatan kami cepat dan cekap

Selasa, 25 Ogos 2020

Sambal Sardin Petai

Tak tau nak masak apa... 
Tak berapa rajin nak masak macam-macam..
Hehehehe😂😂
Jom masak

Menu Simple
🍀 Sambal Sardin with Petai
☘️ Sayur Kobis Goreng Kering
☘️ Talang Masin Goreng

Cukup la 3 jenis... kalau ada budak-budak, boleh tambah Telur Goreng Dadar


Bahan-Bahan
Cili Kering 20 tangkai- rendamkan dulu
Bawang Besar 1 Ulas
Bawang Putih 5 Ulas
Asam keping sekeping je
Petai 3 papan
Sardin tin sederhana besar
Garam secukup rasa + ajinamoto kalau suka

Cara Masak
Basuh dulu  cili+bawang besaq +bawang putih = blande halus... jangan halus sangat..nanti tak sedap.
Lepas tu...tumiskan bahan yg dah blande tadi...sampai pecah minyak....Lepas tu masukan Sardin tin. Lupa pulak Sardin tu saya buang sos dia yg dalam tin tu....sebab tak berapa suka.
Kemudian boleh masukan petai dan garam secukup rasa...


Ikan Talang ni beli sekoq yg besaq kat Tanjung Dawai..ikan baru..rasa dia sedap sangat. Tapi sebelum goreng potong kecik dulu dan rendam setengah jam. Baru tak masin🤪



Yang ni paling mudah... tumis bawang merah dan bawang putih... tambah udang hidup sikit..nak sedap udang kertas la....pas tu masuk kobis...tak yah tambah air...nanti tak sedap.

Haaaaa....siap menu makan malam. Senangkan....



Isnin, 24 Ogos 2020

Mask yang amat selesa dipakai

Untuk perkongsian bersama. Mask ni selesa sangat dipakai. Terletak kemas dan yang paling penting boleh bernafas dengan selesa. Kalau pakai mask biasa kan, bila kita tarik nafas mask akan tersedut ke lubang hidung dan mulut. Paling best kalau pakai Cermin mata, tak berjerubu atau kelabu tau. 


Material lembut, tali tak menyakitkan telinga.



Cer tengok sape pakai. Ampun Tuanku..




XERALIFE Decontaminator Air Mask

Sekotak ada 3pcs






 Kalau berminat nak try boleh terus whatsapp saya. klik je terus sini






Sabtu, 22 Ogos 2020

Suka Dessert

Ni anak pompuan aku punya kerja...nak makan dessert sangat....aku pun layan lah... sampai ke destinasi perempuan semua beb....dok berbaris nak masuk. Boleh tahan la jugak...orang tak putus-putus....Tunggu Q tak la lama sangat. Sib baik la...Kalau tak... lain hari lah

Antara dessert-dessert yang mengongcang iman...🤣🤣🤣 Jom cuci mata..






Sedap-sedap wehh... kalau ikut hati nak rasa semua....

Selain daripada menu yg manis-manis ni...ada jugak menu lain.. ni antara yg aku oder.....

Aglio with kambing

Kambing

Aglio ayam grill... kena cuba nih.... rasa dia sedap sangat... tekak melayu..

Tambah kilo...😂😂


Pendek kata.. sedap-sedap belaka....... 4 beranak Makan dalam 150...... boleh la..... yg nak trf boleh wave Suka Dessert. Lokasi -Kepong

https://invol.co/clzzxq

Jumaat, 21 Ogos 2020

Karnival Sukan al-ikhsan 2.0 di PWTC

Pagi ni.. tujuan ride breakfast kat pantai dalam ja.. makan nasi bungkus pantai timur.... tapi lepas breakfast tersampai kat sini pulak. 🤣🤣🤣.. Karnival Sukan Al Ikhsan...

Lokasi  : Hall 3 & 4 PWTC,KL
Tarikh  : 20hb – 31hb Aug 2020  
Masa    : 10am-10pm


Ramai jugak orang...

Kena beratur.. tapi okey lah...semua boleh masuk


Banyak kasut....Antaranya 👆👇




Yang aku tangkap..yg ni je... 4 barang 👇👇👇3 rat lebih jugak... Tapi okey lah


Kesimpulanya.. yang nak beli kasut, beg n tshirt...sini banyak pilihan dan harga pun berbaloi



Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...