Selasa, 18 Mac 2014

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”


KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,

Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…

Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah.

Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!

jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Rabu, 5 Mac 2014

Mengantuk la pulak.. Kenapa eh?




Jam baru menunjukkan 2 petang, tetapi mata anda terasa berat. Berair mata menahan rasa mengantuk, apa yang dibaca seolah-olah melayang dan tiada satu pun masuk ke fikiran. Gula-gula yang dikemam sudah cair semuanya, tetapi rasa mengantuk tetap tidak hilang. 



Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami perkara ini - mengantuk selepas makan tengah hari. Di mana silapnya kerana setiap pagi kita datang ke tempat kerja dalam keadaan segar dan cergas. Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan jam biologi badan yang secara semula jadi membuatkan kebanyakan orang mengantuk selepas makan tengah hari, khususnya sekitar jam 2 hingga 3 petang. 

Penyelidik juga percaya perkara ini berkaitan dengan penurunan suhu badan yang memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin - proses sama seperti sebelum kita tidur malam, tetapi dalam kuantiti kecil. Bagaimanapun, jangan salahkan jam atau proses semula jadi badan kerana banyak faktor luaran boleh menyebabkan kita mengantuk selepas makan tengah hari. Antaranya ialah tabiat pemakanan yang banyak memberi kesan kepada badan. 


Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika dan pensyarah Nutrisi Pusat Perubatan Universiti Southwestern Texas, Lona Sandon, berkata walaupun tahu kepentingan sarapan, ramai orang tidak mendapat tenaga secukupnya daripada sarapan. Untuk kecergasan dan mengelak rasa mengantuk, kita perlu memulakan hari dengan sarapan yang baik. Wanita disaran mengambil sarapan yang ada 300 hingga 400 kalori, manakala lelaki 500 kalori. 

Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah. Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja. 

Ramai orang ada salah faham terhadap karbohidrat yang dianggap boleh menggemukkan, sedangkan menurut Sandon kita memerlukannya untuk tenaga. Malah, kehadiran karbohidrat membolehkan otak dan otot berfungsi dengan cekap, selain ia menjadi agen pemecah lemak ketika bersenam. 

Kajian menunjukkan, menambah sedikit sumber protein kepada karbohidrat boleh meningkatkan daya tumpuan. Gabungan protein dan karbohidrat membolehkan kita berfungsi dengan lebih baik daripada segi fizikal dan mental. 

Sebaik-baiknya, elak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak kerana lemak mengambil masa lebih panjang untuk dicerna dan ia tinggal lama di dalam perut, menyebabkan kita terasa 'berat' serta tidak bertenaga. Untuk tengah hari, antara petua berguna diberi pakar jantung ialah membahagikan pinggan kepadaempat bahagian untuk diisi nasi, ikan (sesekali boleh digantikan dengan ayam atau daging), sayur dan buah. 

Kaedah ini secara tidak langsung menjadi penanda kuantiti yang boleh diambil untuk setiap sumber makanan. Ini cara mudah untuk anda mengawal pengambilan makanan, terutama bagi yang ada masalah berat badan berlebihan. 


Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi rasa mengantuk selepas makan iaitu:
  1. Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas. Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat. 
  2. Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
  3. Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.
  4. Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk. Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.
  5. Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.
  6. Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.



Isnin, 20 Januari 2014

10 Amalan Pembuka Rezeki


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Setiap orang pasti mengharapkan rezeki yang halal, baik, berkat, dan melimpah ruah. Tentu dengan rezeki tersebut seseorang dapat memenuhi keperluan hidupnya dan untuk mendapatkannya, selain dengan gigih bekerja secara ikhlas, sempurna dan bijak, seseorang harus mengetahui apa saja amalan-amalan yang dapat memudah dan mempercepatkan turunnya rezeki.

.

Di antara amalan-amalan tersebut adalah:

.

1.  Memperbanyakkan Istighfar Dan Bertaubat

Allah SWT berfirman:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠يُبَصَّرُونَهُمْ ۚ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ﴿١١﴾ وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ ﴿١٢

“Maka Aku katakan kepada mereka: ’Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-pinak,dan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

(Surah Nuh [71]: Ayat 10-12)

.

2.  Meningkatkan Ketakwaan

Firman Allah SWT:


“Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Thalaq [65]: Ayat 2-3).

.

3.  Gemar Menyambung Ikatan Silaturahim

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,“Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya,maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.  Gemar Mendermakan Harta

Firman Allah SWT;

 قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ ﴿٣٩

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”

(Surah Saba’ [34]: Ayat 39).

.

5.  Membiasakan Ibadah Dengan Betul

Dalam satu hadis Qudsi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam, sibukkanlah untuk beribadah kepada-Ku, nescaya akan Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad)

.

6.  Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

7.  Hijrah Di Jalan Allah (Fisabilillah)

Allah SWT berfirman :

 وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚوَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّـهِ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١٠٠

“Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

(Surah An-Nisa ‘[4]: Ayat 100)

.

8.  Bertawakal Kepada Allah

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,“Seandainya kalian mahu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberikan rezeki,pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

.

9.  Mengamalkan Solat Dhuha

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,“Sesiapa solat Dhuha enam rakaat, ia akan dicukupi keperluannya hari itu.” (Riwayat Thabrani dan Abu Darda)

.

10.   Menyara Penuntut Ilmu

Anas bin Malik RA berkata, “Dulu ada dua orang bersaudara pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Salah seorang menuntut ilmu pada majlis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sementara yang seorang lagi, bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu). Maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,“Mudah-mudahan engkau dimurahkan rezeki dengan sebab dia.” (Riwayat Tirmidzi).

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



Sabtu, 18 Januari 2014

Cadar Quilt Cantik & Murah

Set Kandungan 1 Bedsheet Quilt + 2 Pillowcases

Ukuran 230cm X 250cm (Queen & King size)

100% cotton & 350 threadcounts

ORDER SEKARANG! sms/whatsapp kami  cepat-cepat..

Harga Termasuk Postage
Semenanjung - RM160
Sabah/Sarawak - RM165

Stok Terhad !! Ni bukan cadar biasa... Ada jahitan Quilting yg membuatkan cadar ni kukuh n tahan lama.














Isnin, 13 Januari 2014

Telekung Jameelah

Telekung Jameelah...

Setiap wanita inginkan keselesaan dalam bersolat. Kerana memahami anda, kami telah keluarkan telekung Jameelah..

Jameelah merupakan produk anak tempatan... Bukan telekung yang didatangkan berkodi- kodi dari negara lain..

Jahitan yg sempurna, kain tidak panas atau melekap, tidak luntur warna, tidak kecut@sentap bila dibasuh...

Harga Pasaran Jameelah
RM150- semenanjung
RM 160- sabah/ serawak





Jameelah 















Susah nak cari telekung sesuai?
Kami di Rieyas House menyediakan berbagai variasi warna telekung lycra Jameelah. Kain bermutu tinggi tidak seperti lycra biasa yg bergulung dan nipis.... Lycra kami lycra premium... Terbaik.... Pastikan anda mendapat telekung Jameelah dengan Tagging Jameelah.



TQ.... Pastikan yg terbaik untuk dirimu....

* untuk pastikan anda mendapat jameelah kami, pastikan terdapat label Jameelah...

Ukuran Jameelah






Terima kasih kerana sudi singgah di Rieyas House.

Jumaat, 10 Januari 2014

Koleksi Hanna Hijab Solat ( Telekung 2 in 1 )


Tudung 2 in 1 ini khas untuk muslimah moden masa kini. Boleh dibuka untuk dijadikan telekung untuk bersolat & boleh digayakan menjadi tudung. Sangat unik, pemakaian stokin kaki diperlukan.

Material kain adalah Lycra Premium. Lycra  yang terbaik, tidak jarang, tidak sentap atau kecut setelah dibasuh seperti kebanyakan lycra yg anda boleh dapat pada harga murah.

Jahitan amat kemas, bukan import dari Indonesia atau Vietnam atau negara-negara lain.  Dijahit sendiri 1 by 1 oleh tukang jahit tempatan. Sebab tu tiada lambakan berkodi-kodi di pasaran.

Didatangkan dalam 10 variasi warna.

      








     Harga 

     RM 80 -Semenanjung
     RM 85 -Sabah/Serawak
     * harga termasuk postage

      Untuk Pembelian
     -----------------
     Sila Sms /watsap 'Hanna' ke 
     







Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...