Isnin, 27 Ogos 2012

Kecik la sangai Tembikai ni

Kalau kecil cam ni... tak yah belah-belahkan
telan je sebijik-sebijik... heheh
Apa pun comeiiii la sangat





Korang Ade ???


Rabu, 22 Ogos 2012

Cantik.... tapi beracun

Cuba teka.. Apakah  ini?? 

Pokok bunga sebenarnya....
 
Bagi mereka yang sukakan kelainan di laman, pokok ini boleh ditanam dalam pasu untuk dijadikan hiasan dalaman dan sesuai untuk mengharumkan kawasan yang mempunyai ruang terhad. Malah bagi memastikan keserian dan wanginya menguasai ruang yang diingini, peminat bunga ini digalakkan menanam pokok berkenaan di dalam pasu untuk memudahkan usaha mengalihya ke sudut laman rumah. Pokok ini dikategorikan tumbuhan yang ‘mesra’ iklim sederhana tetapi memerlukan air yang banyak serta cahaya matahari. Bagaimanapun, ketika musim panas ia lebih sesuai diletakkan di kawasan yang agak redup. 
     Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga Yesterday, Today dan Tomorrow ini, sebaliknya satu tumbuhan beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat. Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini. Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan. Info Nama: Yesterday, Today, Tomorrow Nama Saintifik: Brunfelsia pauciflora Nama Lain: Brunfelsia biru, Morning-Noon-and-Night, Brunfelsia Floribunda Spesies famili: Solanaceae Asal: Brazil dan Afrika Selatan Tip tanaman # Pokok bunga ini seelok-eloknya ditanam di dalam pasu bagi memudahkan usaha mengalih tumbuhan ini terutama ketika musim hujan. Ini bagi mengelak tumbesarannya terjejas atau rosak akibat hujan. 

      Pokok ini juga perlu sentiasa dipangkas bagi mengawal pembesarannya serta pengeluaran bunga. Pangkasan ini juga dapat menjadikan bentuknya lebih menarik. # Perkara yang perlu diutamakan ketika menyiram pokok ini adalah menjarakkan tempoh siraman. Memadailah jika ia disiram dengan air mencukupi dan tidak kerap bagi memastikan akar pokoknya tidak rosak akibat terlalu banyak air. # Masa paling elok bagi siraman adalah pada awal pagi atau petang. Ini bukan saja dapat menjimatkan air tetapi pada masa sama, menjaga kesuburan tumbuhan ini.

Selasa, 21 Ogos 2012

Fakta Dan Cerita Menarik: Cendawan Batu

Fakta Dan Cerita Menarik: Cendawan Batu: Di Bulgaria, kita akan dapat melihat keindahan alam semulajadi yang unik dan menarik~ salah satunya ialah batu berbentuk cendawan ini(Bukan ...

Ubat KUMUR terbaik... tak manis...tak pedas..tak perit sangat. bactidol

Saja nak share ubat kumur ni...  sakit tekak...nak telan sakit...gusi bengkak... sakit gigi.. Korang guna je ubat kumur ni..BACTIDOL nama di...